Selaras dengan misi, visi dan objektif Pusat Sumber SMK Convent Sitiawan, kami beriltizam untuk:
- Menyediakan perkhidmatan pusat sumber dan maklumat yang berkualiti, tepat, efisien, mesra dan terkini.
- Memastikan pelanggan diberikan layanan terbaik dalam proses peminjaman, pemulangan dan pembaharuan pinjaman bahan.
- Membangun, memantap dan menguruskan koleksi perpustakaan yang relevan, berkualiti dan terkini dalam pelbagai bidang.
- Mewujudkan tempat dan persekitaran yang kondusif serta dilengkapi dengan teknologi terkini.
- Sentiasa bersedia untuk memanafaatkan kemudahan ICT dan aplikasi teknologi pendidikan terkini dalam sistem PSS.
- Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertimbangkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.