Friday, January 20, 2012
PELANCARAN PROGRAM NILAM 2012
Program NILAM untuk tahun 2012 telah dilancarkan pada 16hb. Feb 2012 di tapak perhimpunan semasa perhimpunan pagi. Pengetua Pn. Yeat Soo Ing telah merasmikan majlis pelancaran NILAM. Aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah ulasan buku, nyanyian lagu NILAM dan taklimat ringkas mengenai Pusat Sumber Sekolah.
Monday, January 9, 2012
Sistem Automasi Pusat Sumber (APSI)
Untuk pengetua semua warga sekolah, Pusat Sumber telah memperolehi Sistem Automasi Pusat Sumber dikenali APSI untuk kemudahan PSS. Semua stok bahan cetak atau bahan bukan cetak akan dimasukkan rekodnya ke dalam sistem ini. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Pengetua kita, Pn. Yeat Soo Ing kerana memberikan sokongan padu. Sistem ini belum dapat beroperasi sepenuhnya buat masa sekarang kerana PSS masih di dalam proses 'key-in' rekod buku ke dalam sistem ini. Warga sekolah akan diumumkan kelak bila sistem ini dapat beropersi sepenuhnya.
Sunday, January 8, 2012
Keputusan PMR 2011 Cemerlang
Tahniah diucapkan kepada semua murid Tingkatan 3 (2011) yang telah mencapai keputusan cemerlang dalam PMR. Seramai 35 murid telah mendapat semua A dalam subjek yang diambil.
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Mohd Idris Ramli, di Perak seramai 3,017 calon yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mendapat A dalam semua pelajaran yang diambil, meningkat 0.78 peratus berbanding tahun lalu.
Peningkatan Sebanyak 0.78% Calon PMR Yang Mendapat A Di Perak
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Mohd Idris Ramli, di Perak seramai 3,017 calon yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mendapat A dalam semua pelajaran yang diambil, meningkat 0.78 peratus berbanding tahun lalu.
Daripada jumlah itu, 279 calon mendapat 9A, 2,083 (8A) dan 655 (7A). Dari segi pencapaian sekolah, tujuh sekolah mencatat kelulusan 100 peratus iaitu Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh; Kolej Melayu Kuala Kangsar, Kuala Kangsar; SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping; SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh; SM Sains Teluk Intan, Teluk Intan; SMK Taman Tasik, Taiping; dan SBP Intergrasi Gopeng.
Dua sekolah luar bandar turut mencatat keputusan membanggakan iaitu SMK Raja Shahriman, Bruas dan SMK Abu Bakar Al Bakir, Bagan Serai apabila dua dan empat calon dari sekolah itu mendapat 9A.
Katanya, sekolah harian lain yang mencatat keputusan membanggakan ialah SMK Convent Taiping, SMK Tarcisan Convent, SMK Ave Maria dan SMK Convent Sitiawan.
“Seramai 27,105 calon atau 64.8 peratus daripada 41,810 calon yang menduduki peperiksaan PMR telah memperoleh pencapaian minimum D dalam semua mata pelajaran diambil.
“Pencapaian ini menunjukkan peningkatan sebanyak 3.4 peratus berbanding 61.38 pada 2009,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar keputusan PMR 2010 peringkat Perak di Ipoh, hari ini (24.12.2011)
Subscribe to:
Posts (Atom)