Monday, January 9, 2012

Sistem Automasi Pusat Sumber (APSI)

Untuk pengetua semua warga sekolah, Pusat Sumber telah memperolehi Sistem Automasi Pusat Sumber dikenali APSI untuk kemudahan PSS.  Semua stok bahan cetak atau bahan bukan cetak akan dimasukkan rekodnya ke dalam sistem ini.  Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Pengetua kita, Pn. Yeat Soo Ing kerana memberikan sokongan padu.  Sistem ini belum dapat beroperasi sepenuhnya buat masa sekarang kerana PSS masih di dalam proses 'key-in' rekod buku ke dalam sistem ini.  Warga sekolah akan diumumkan kelak bila sistem ini dapat beropersi sepenuhnya.